Monday, June 18, 2012

Kepentingan Iman

Sesungguhnya mengenali Allah, secara tabienya akan mencetuskan perasaan yg bijaksana, membangkitkan rasa kebaikan, melatih kebolehan bermuraqabah, membangun semangat mengejar perkara yang gemilang dan cemerlang, menjauhkan seseorang daripada perkara remeh temeh..

Sementara mengenali malaikat seolah-olah mengajak kamu bekerjasama dengan mereka dalam usaha kebenaran dan kebaikan. Ia juga mengajak kamu kepada kepekaan dan kesedarang yang menyeluruh. Oleh itu, segala yang terbit daripada manusia adalah kebaikan. Mereka hanya akan bertindak untuk matlamat yang mulia.

Mengenali kitab-kitab ilahi menjadikan seseorang arif dengan manhaj yang terpandu sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah untuk manusia. Agar mereka sampai kepada kesempurnaan material dan akhlak.

Manakala mengenali para rasul, bermaksud dapat menjejaki langkah mereka, berperlakuan dengan akhlak mereka dan meneladani mereka. Mereka merupakan simbola kepada nilai-nilai soleh dan kehidupan murni sebagaimana yg dikehendaki Allah dan pra manusia.

Mengenali hari akhirat merupakan pemangkin yang kuat untuk seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Mengenali qadar pula akan membekalkan seseorang dengan kekuatan dan keupayaan untuk berhadapan dengan segala halangan dan kesusahan. Perkara yang besar akan dipandang kecil.

Jelas bahawa iman(akidah) bertujuan mendidik peribadi,membersihkan jiwa dan memandunya ke arah nilai yang agung. Sesungguhnya, iman ini merupakan ruh bagi setiap individu. Ia menghidupkan kehidupan tabie. Tanpanya, ruh akan mati. Ia juga merupakan cahaya. Apabila cahaya itu hilang daripada manusia, manusia akan sesat dengan fatamorgana kehidupan dan hancur dalam kemusnahan kesesatan.

sumber:asas-asas islam 1,Dr Ali Laban



glitter-graphics.com

No comments: