Monday, June 18, 2012

Kepentingan Iman

Sesungguhnya mengenali Allah, secara tabienya akan mencetuskan perasaan yg bijaksana, membangkitkan rasa kebaikan, melatih kebolehan bermuraqabah, membangun semangat mengejar perkara yang gemilang dan cemerlang, menjauhkan seseorang daripada perkara remeh temeh..

Sementara mengenali malaikat seolah-olah mengajak kamu bekerjasama dengan mereka dalam usaha kebenaran dan kebaikan. Ia juga mengajak kamu kepada kepekaan dan kesedarang yang menyeluruh. Oleh itu, segala yang terbit daripada manusia adalah kebaikan. Mereka hanya akan bertindak untuk matlamat yang mulia.

Mengenali kitab-kitab ilahi menjadikan seseorang arif dengan manhaj yang terpandu sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah untuk manusia. Agar mereka sampai kepada kesempurnaan material dan akhlak.

Manakala mengenali para rasul, bermaksud dapat menjejaki langkah mereka, berperlakuan dengan akhlak mereka dan meneladani mereka. Mereka merupakan simbola kepada nilai-nilai soleh dan kehidupan murni sebagaimana yg dikehendaki Allah dan pra manusia.

Mengenali hari akhirat merupakan pemangkin yang kuat untuk seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Mengenali qadar pula akan membekalkan seseorang dengan kekuatan dan keupayaan untuk berhadapan dengan segala halangan dan kesusahan. Perkara yang besar akan dipandang kecil.

Jelas bahawa iman(akidah) bertujuan mendidik peribadi,membersihkan jiwa dan memandunya ke arah nilai yang agung. Sesungguhnya, iman ini merupakan ruh bagi setiap individu. Ia menghidupkan kehidupan tabie. Tanpanya, ruh akan mati. Ia juga merupakan cahaya. Apabila cahaya itu hilang daripada manusia, manusia akan sesat dengan fatamorgana kehidupan dan hancur dalam kemusnahan kesesatan.

sumber:asas-asas islam 1,Dr Ali Laban



glitter-graphics.com

Tuesday, February 1, 2011

cahaya menantimu

CAHAYA MENANTIMU
Suasana petang itu begitu redup sekali.angin bertiup perlahan dan burung-burung berterbangan riang menuju pulang kesarang. Shauqi berjalan perlahan,lemah dan sayu kakinya melangkah. Air mata lelakinya terburai lagi.biarlah! biarlah mereka kata dirinya lemah yang penting dia sudah nekad untuk membuat keputusan itu.dia sudah nekad untuk melepaskan Suraya walaupun hatinya tetap merasa pedih dan hiba.

“apa salah saya pada awak?mengapa awak tergamak nak putuskan hubungan kita.?”Suraya bersuara. Marah. Geram. Semua bergabung menjadi satu.

“sebab saya tak menemui apa-apa bersama awak,Suraya. Saya sedar selama ni saya dah banyak terleka dengan kenikmatan cinta duniawi yang menipu ini.” Jawab Shauqi. Dia merenung padang yang luas terbentang dihadapannya. Angin petang yang bertiup langsung tidak dapat memberi ketenangan kepada hatinya.Betapa dia memerlukan kekuatan jiwa ketika ini.

“selama ni awak anggap saya sebagai apa,Shauqi?sebagai perempuan simpanan awak saja ke?sudah puas awak bawa saya kesana kemari,sekarang senang-senang awak nak putuskan pula perhubungan kita? Suraya kembali bersuara. Dia merenung tajam kearah shauqi dengan kemarahan yang ditahan-tahan. Kenapa lelaki dihadapnnya ini tergamak memutuskan perhubungan mereka yang telah bermula tiga tahun lalu? Perhubungan yang telah bermula sejak mereka berada ditahun pertama pengajian lagi. Kini,setelah berada ditahun akhir,mengapa lelaki ini tergamak sekali memutuskannya? Bukankah mereka telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga setelah tamat pengajian kelak?

“selama ni saya dah banyak buat dosa terutamanya ketika bersama awak. Saya datang kesini untuk mencari sebuah kekuatan tetapi awak dah musnahkan kekuatan saya itu.sekarang saya nak putus denganawak dan saya nak kembali kejalan yang benar.” Shauqi menjawab dengan yakin. Dalam hati dia beristighfar dan meminta kekuatan dari tuhannya.

“kembali kejalan yang benar? Oh, maksud awak taubat?” suraya menoleh lantas dia ketawa terbahak-bahak.Jawapan shauqi sebentar tadi cukup menggelikan hatinya. Rambutnya yang lurus terurai diselak kebelakang. “orang macam awak ni pun pandai taubat jugak ke?”dia ketawa lagi. Shauqi hanya memerhati.Sesekali dia mengeluh.’ Oh Tuhan,berikanlah aku kekuatan’ monolognya.

“Dah lah suraya. Tak de guna saya layan perempuan macam awak ni.daripada saya terus-terusan bercinta dengan awak,terus-terusan membuat dosa dan maksiat bersama awak,lebih baik saya mencari sesuatu yang lebih berfaedah untuk menghabiskan sisa-sisa umur saya di dunia ni. “ balas Shauqi. “Awak pergilah bertaubat.” Sambungnya lagi dan selajur dia berlalu pergi meninggalkan suraya bersendirian disitu.

“Shauqi.awak tak boleh buat saya begini.saya cintakan awak.”jerit Suraya tetapi jeritan itu tidak diendahkan olehnya. Shauqi terus berjalan tanpa menoleh kearah wanita itu. Air matanya mula bercucuran. Dia tidak tahu mengapa air mata itu perlu mengalir . adakah kerana dia gembira kerana telah dapat memutuskan perhubungan terlarang itu sebentar tadi? Atau adakah dia menangis kerana sedih diatas perpisahan itu?


Oh Tuhan
HambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut nafsu dunia
Mencintai yang lain lebih dari Mu

Oh Tuhan
hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia
yang sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi pada Mu,

Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu

Oh Tuhan berikan daku petunjukMu
hadirkan Damai sebelum penghujung nafasku
Untuk ku meniti kejalan redha Mu
Izinkan aku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMU
Oh Tuhan...

Muhasabah. Shauqi mengalirkan air mata lagi. Air mata keinsafan diatas segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya selama ini. Mungkin,jika mereka melihat tangisanku ini,pasti mereka akan ketawa kerana aku adalah seorang lelaki. Seorang lelaki yang patutnya lebih tabah dan bersifat ‘kebal’ pada tangisan tetapi kini, di hadapan Tuhanku aku bukanlah sesiapa lagi melainkan seorang hamba yang lemah. Seorang hamba yang berlarutan melakukan dosa dan noda. Melakukan maksiat.

Dia. Dialah wanita yang telah membuatku lemah. Membuatku hancur. Membuatku jatuh kelembah kehinaan ini namun mungkin ini juga adalah salah diriku sendiri. Kenapa aku boleh tergoda dengannya? Ya Allah,aku tak pernah mendapat didikan agama yang baik. Aku tak pernah tahu tentang semua ini.Tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan ini. Kenapa Engkau temukan aku kepada seorang wanita yang telah menghancurkan hidupku? Yang telah mendatangkan fitnah dalam hatiku? Mengapa Engkau tidak temukan aku dengan sorang wanita yang mampu membimbing insan jahil sepertiku ini? Aku lemah ya Allah. Aku lemah dengan makhluk bernama wanita itu.

Shauqi menangis lagi. Air mata penuh hiba dan penyesalan. Kepada siapa dia boleh mengadu? Siapa yang sudi mendekati insan yang sosial sepertinya?siapa yang sudi mendekati seorang mat rempit yang sudah terkenal dengan bermacam-macam perangai buruk diuniversiti tempatnya belajar itu? Apa yang dilihatnya semua golongan-golongan ‘soleh’ di tempatnya belajar itu hanya bertindak seperti menutup mata apabila berjumpa dengan mereka malahan ada yang memandang jijik dan hina terhadap kelakuan-kelakuan buruk mereka. Mengapa mereka tidak mendekat saja? Mengapa mereka hanya berda’wah diantara mereka saja? Mengapa mereka hanya ingat-mengingati antara mereka saja?dimana tanggungjawab mereka untuk memberi peringatan dan berda’wah dengan insan-insan seperti kami? Itula kesalahan nyata bagi golongan-golongan mereka yang kulihat.

Telefon yang berbunyi nyaring menyedarkan Shauqi dari menungnya. Baru sebentar tadi dia melakukan solat sunat taubat walaupun tergagap-gagap membaca surah yang baru dihafalnya dari buku ‘panduan lengkap solat fardhu dan solat-solat sunat’ yang dibelinya dua hari yang lepas. Dengan malas dia bangkit dan mengambil telefon tanpa wayar itu. Nama Suraya tertera sebagai pemanggil. Shauqi meletak kembali gajet tersebut lantas kembali berteleku di tikar sembahyang. Dia memilih untuk tidak menjawab panggilan itu tetapi sekali lagi tefonnya berbunyi. Kali ini dia menerima satu mesej. Juga dari suraya.

Npa xangkat fon ! sy ada pkr pnting nk bgtau awak !

Shauqi merenung jam didiniding biliknya yang samar-samar.4.25 am. Pantas dia menekan punat off pada gajet tersebut tetapi sepantas itu jugak panggilan dari Suraya masuk lagi.

“awak ni kenapa nak ganggu saya lagi? Kan dan pukul 4 pagi ni. Orang nak tidur la.” Bohong shauqi. Entah macam mana lagi dia nak mengelak dari wanita tersebut. Dia memang bernekad untuk menukar nombor telefon sejak dia memutuskan hubungan mereka tempoh hari namun waktu saja yang belum mengizinkan lagi.

“saya nak awak jumpa saya sekarang jugak.!” Suraya menjerit. Suaranya bergema. Shauqi tekejut dengan tingkah suraya itu. Adakah wanita ini sudah gila?

“eh, saya dah tak de apa-apa lagi dengan awak,perempuan ! jadi tiada sebab untuk saya jumpa dengan awak sekarang.” Dia hilang sabar. Sifat panas barannya kembali menerjah dengan jeritan suraya sebentar tadi.” Awak tak reti tengok jam ke,suraya? Sekarang ni dah pukul 4 pagi,awak pergi bersolat dan berdoa banyak-banyak lagi baik daripada awak ganggu hidup saya ni” Sambungnya lagi.Suaranya kembali mereda.

“Eh Shauqi! Kau jangan nak buat-buat baik kat depan aku ya. Kalau kau tak datang jumpa aku sekarang,aku gugurkan kandungan ni.” Balas suraya. Suaranya masih meninggi.

“hah !???kandungan?” shauqi kehairanan.Kebingungan. Perlahan-lahan dia menjadi takut.

“ Eh,Shauqi,lebih baik kau datang jumpa aku sekarang kalau tak aku gugurkan kandungan ni. Kau jangan lupa,kau dah banyak kali tidur dengan aku dan kau jangan harap kau boleh lepas dari aku begitu saja. Aku ada hak terhadap kau. Faham ! “ suraya menjerit lagi seraya memutuskan talian telefon. Shauqi kebingingan. Ya Allah,apa aku dah buat ni? Ya Allah, banyakknya dosa yang aku dah lakukan pada Mu,kenapa aku boleh jadi seteruk ini?

Shauqi menangis. Dia kebingungan. Mana mereka semua pergi? Mana kawan-kawan yang dulu setia bersamaku? Apa yang patut aku lakukan? Aku buntu,aku jahil.Shauqi menangis lagi. Pantas dia mengambil kunci motornya dan turun ke tingkat bawah apartment yang dihuninya bersendirian. Aku akan jumpa suraya. Aku taknak buat dosa lagi. Ya Allah,aku telah melakukan zina,ya Allah aku telah melakukan sesuatu yang Engkau amat membencinya. Mengapa baru kini aku sedar tentang semua ini? Alangkah teruknya diriku. Shauqi menangis lagi. Dia meraung sendirian ditingkat bawah apartment itu. Dia amat membenci dirinya sendiri. Pak cik guard yang bertugas ketika itu hanya memerhati dari jauh. Mungkin memikirkan bahawa dirinya gila.

Shauqi menunggang motornya selaju yang mungkin. Perasaan takut,rasa bersalah,rasa berdosa dan bermacam-macam lagi terbayang dimindanya. Segala dosa-dosa dan kenikmatan-kenikmatan palsu yang telah dilakukannya bersama suraya dan rakan-rakan syaitannya dulu terbayang-bayang dimatanya. Dia menjerit. Tangisannya bergema lagi. Motor yang ditunggangya semakin dilajukan sehinggalah tiba disuatu selekoh, dia tidak smepat mengelak apabila sebuah lori kontena meluncur laju melanggarnya. Badannya terasa ringan. Dunia dirasakan terlalu gelap. Asing. Sunyi. Sepi.

“shauqi. Shauqi anak mak,bangun nak.”samar-samar suara itu kedengaran. Shauqi membuka matanya. Seorang wanita.dia seperti pernah menatap wajah itu. Ya, wajah itulah yang selalu meninggalkannya. Wajah itulah yang tidak pernah kisah tentang dirinya. Wajah itulah yang sentiasa sibuk mengejar nikmat kekayaan dunia. Tapi,siapakah dia?

“ Abang,anak saya dah bangun bang.” Wajah itu tersenyum. Lelaki disebelahnya hanya merenung kosong kearah wanita itu. Wajahnya penuh dengan kesesalan. “Awak terlalu sibuk dengan kerja-kerja awak,Mahani. Sekarang bila anak awak dah macam ni baru awak kisah tentang dia. “ lelaki itu bersuara. Shauqi kembali menutup matanya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Siapa mereka ini? Mengpa mereka bertengkar disini? Dihadapan aku? Dan ,dimana aku berada? Dia bertanya sendiri. Kebingungan.

“ eh, yang awak marah saya ni kenapa pulak?awak pun sama,tak pernah lekat kat rumah. Asyik sibuk dengan syarikat-syarikat awak saja. Sibuk tak menentu kat luar Negara tu” Wanita itu membalas. Mereka bertengkar lagi. Saling salah-menyalahi antara satu sama lain. Siapa mereka ini? Shauqi bertanya sendiri. Adakah mereka ibu dan ayahku? Adakah mereka ibu dan ayahku yang member berjuta-juta kemewahan kepadaku tetapi tidak pernah memgajarkan tentang ilmu mengenal Tuhanku? Mereka ibu bapaku? ibu bapa yang tidak pernah ambil tahu segala perangai burukku. Ibu bapa yang tidak pernah mengingtakan salah silapku.

“ Mahani, selama ni saya keluar untuk bekerja untuk kesenangan kamu dan anak-anak.saya dah tak benarkan kamu bekerja tetapi kamu tak pernah dengar kata saya.saya dah pesan pada awak supaya bagi pendidikan agama yang cukup pada anak-anak tapi awak tak pernah buat dan bila dah jadi macam ni,apa yang awak nak kata lagi?” lelaki itu bersuara. Pandangannya sayu kearah shauqi. Pandangan yang penuh dengan seribu satu penyesalan.

“err,saya kat mana dan awak ni siapa?” shauqi memaksa diri untuk bersuara. Kepalanya masih berdeyut-denyut lagi. Wanita itu memandang. Matanya berjuraian air mata.

“ini mak,sayang. Maafkan mak sebab selama ni mak tak pernah ambil tahu pasal shauqi.”wanita itu mula menangis. Dia memeluk shauqi. “ Awak baru lepas kemalangan,nak. Dah seminggu tak sedarkan diri.” Wanita itu menangis lagi. “ maafkan mak,sayang.”

Shauqi hanya memerhati. Lemah. Segera fikirannya berpusing. Bagaimana kau boleh berada disini? Suraya . ya,suraya! Suraya mengandung dan aku perlu untuk berjumpa dengannya. Tapi...ya Allah,mana dia?

“mak, suraya mana?”perlahan dia bertanya. Wanita itu terdiam. Dia berpandangan dengan suaminya. “ Siapa suraya nak?” wanita itu bertanya. Lelaki disebelahnya berdiri dan mengambil sesuatu dari laci meja wad kelas pertama itu. Surat khabar bertarikh seminggu yang lepas itu diberikan kepada shauqi. Sedaya upaya shauqi mengambil akhbar tersebut.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita muda ditemui mati dalam keadaan yang amat mengerikan dengan berdekatan dengan Night Club centre,semalam. Mengikut siasatan,mangsa yang dipercayai melompat dari tingkat sepuluh bangunan yang berdekatan dipercayai sedang mengandung tiga bulan ketika membunuh diri dan lengan wanita tersebut dipenuhi dengan torehan pisau yang mengukir nama ‘shauqi’ . mengikut saksi,mangsa dikatakan.......

Shauqi tidak dapat meneruskan pembacaannya. Dia mula menangis dan meraung. Kisah kematian tragis suraya itu membuatkannya tidak dapat berfikir lagi. Puan Mahani dan suaminya kebingungan. Shauqi terus meranung dan menangis sehinggalah akhirnya dia pengsan.

Tiga pagi. Shauqi terbangun dari tidurnya. Wad hospital itu dirasakan sunyi sekali. Dihujung sudut bilik tersebut,kelihatan puan Mahani dan suaminya tertidur diatas sofa.’shauqi dah lama maafkan ibu dan ayah.terima kasih kerana melahirkan shauqi,ibu.’ Dia bermonolog sendiri. Air matanya mengalir lagi apabila mengenangkan kisah suraya dan zuriat yang tidak berdosa itu. Zuriat yang terhasil dari dosa zina dirinya dan suraya. Ya Allah,adakah ampunan buatku lagi?

Dia bangun dari katil. Kepalanya yang masih berbalut terasa berdenyut-denyut. Segala hos-hos yang mengalirkan darah dan air ke dalam badannya dicabut. Sakit. Namun sakit itu dibiarkan saja. Sakit itu sedikit saja dibandingkan dengan sakit yang akan diterimanya kelak jika Allah tidak menerima taubatnya. Perlahan-lahan dia menuju kebilik air. Seluruh anggota terasa begitu sakit ketika dia berjalan namun dia kuatkan saja. Sudah lama dia tidak bersolat. Sudah lama dia tidak bermunajat memohon keampunan daripada Allah tuhan seluruh alam.

‘Ya Allah,hambaMu ini sudah terlalu banyak melakukan dosa dan maksiat terhadapMu, ya Allah. Ampunkanlah aku terhadap segala apa yang telah kulakukan dulu. Segala dosa dan maksiat yang telah kulakukan terhadapMu. Aku malu kepadaMu,ya Allah..terlalu banyak dosa dan maksiat ku lakukan terhadapmu dan aku terlalu jahil tentangMu. Aku tidak pernah mendapat didikan agama yang baik dari ibu bapaku namun aku tidak menyalahkan mereka kerana hidayah itu dariMu,bukan dari Mereka.’ Shauqi menangis. Hiba. Dadanya terasa sempit. Dia terlalu ingin merasa nikmat bertuhan itu. ‘ya Allah,jika mati itu adalh baik untukku,maka matikanlah aku didalam keimanan serta Engaku terimalah taubatku..tetapi jika hidup itu lebih baik untukku maka hidupkanlah aku dalam keimanan dan berikanlah aku hidayahMu.’ Air matanya terus mengalir. Penuh hiba.penuh rasa bersalah terhadap tuhannya.betapa selama ini dia hidup dalam kejahilan,dalam kehinaan.

“Ya Allah, abang!anak kita....” puan mahani meraung. Dia begitu hiba melihat jasad shauqi yang terbujur kaku di tikar sejadah itu.terbujur kaku diwaktu sujudnya,dalam ketenangan subuh yang hening.

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga , sungguh dia memperolehi kemenangan. Kehidupan didunia adalah kesenangan yang memperdaya.”
(Ali Imran,3 : 185)



Friday, December 31, 2010

Kisah Cawan

Islam 4 Peace
Author : ruhul jadid


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.




Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam

assalamualaikum wrt...

kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi, karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranyaƂ
mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-
terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!